Sunday, June 10, 2018

Tart Nenas Sedap

https://www.facebook.com/sugarinc/videos/10155042216282566/?hc_location=ufi

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=369254963526156&id=248341095617544

Resepi Tat Nenas Gulung Paling Sedap 😍
Bahan-bahan:
90 minutes
Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)
Cara-cara:
Cara-cara untuk jem nenas:
Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Tip:
Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.
kredit resepi bertulis :
kredit resepi video : @anna chan

https://cikmatahariku.blogspot.com/2017/06/resepi-tart-mawar-gebu-dan-sedap.html

resepi video & bertulis adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda 😘
gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 





😊



https://www.facebook.com/sugarinc/videos/10155042216282566/?hc_location=ufi

No comments:

Post a Comment