Tuesday, March 17, 2015

Resepi Sri Kaya Karamel

tried this recepi and it works wonderfully delicious. Tapi lenguh tangan laa nak kacau to avoid sticking to the pan.

source: http://www.tiffinbiru.com/2014/04/resipi-seri-kaya.html





BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A (gred B pun boleh)
300 ml pati santan (kalau dapat guna santan segar)
240 gram gula halus (guna 180 gram sahaja)
2 helai daun pandan, disimpul
60 gram gula pasir*
130 ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, pastikan jangan sampai gelap, nanti pahit. Kacau sentiasa semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, berhati2 semasa menuang , kerana ia akan memercik. Tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
  3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 1 jam. Tutup api.
  4. Keluarkan daun pandan. Isi kan seri kaya tadi ke dalam botol yang bersih (sebelum tu, botol dicuci, rebus dalam air panas 5 minit dan toskan hingga kering, begitu juga dengan penutup botol). Biar seri kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. Boleh hidangkan bersama roti dan sebagainya. Dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya....Selamat mencuba!!...
    makan dengan pancake honey

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Sagu Gula Melaka

Source: http://www.azlitamasammanis.com/2014/06/sago-gula-melaka.html



Ni kira kali kedua nak cubaan masak sagu gula melaka. First buat tak tahu sebenarnya sagu perlu dibasuh bawah paip air untuk buang kanji dia. Tgk2 macam gam terus patah semangat. Actually dah betul dah masa tuh. Memang rupanya akan berkanji. Bila basuh tinggal biji2 sagu jer...thnx to www.azlitamasammanis.com. Baru tahu cara yang betul. So yesterday kira attempt second time. Memang menjadi. Nak cuba jugak sbb memang favourite sagu gula melaka ni. Tapi nak tambah baik sikit gula next time kurangkan sikit sbb terlalu manis. Taruk pewarna merah di sagu kununnya nak cantek.

SAGO GULA MELAKA
Bahan-bahan

200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


Kaedah Penyediaan

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
Masak hingga gula larut
Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
Masak hingga pekat dan sejukkan

Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan

Bila sago dah sejuk dan kental, 
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
Kalau buat dalam bekas kaca tu tak payah keluarkan terus tuang air gula dan santan
Dessert ni sangat sedap di makan dingin.