Monday, June 11, 2018

Another recipe tart nenas

https://welovesusuibu.blogspot.com/2015/07/resepi-kuih-tart-nenas-klasik-super-sedap.html

Pastri

Bahan-bahan:


1- Tepung 2 3/4 cawan
2- Butter 1/2 cawan (MD guna pure butter, Anchor Salted)
3- Minyak Sapi 1/2 cawan (pure ghee, no added vege oil)
4- Telur Gred B 1 biji
5- Garam 1/4 sudu kecil

Cara-caranya:

1- Ayakkan tepung, letak tepi.
2- Dalam bekas lain masukkan butter, minyak sapi dan telur. Mix guna whisker sampai sebati. Tak payah kembang.
3- Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul guna tangan. Gaul sampai adunan jadi doh. Paling best bila semua adunan boleh membentuk jadi satu doh besar.
4- Lepas tu, rehatkan sekejap dalam 15-20 minit dalam peti sejuk.
5- Finallay, bolelah mula mengetart. 

kuih tart nenas, tart nenas gebu, tart nenas bunga, tart nenas sedap, tart nenas gebu sukatan cawan, resepi tart nenas

Jem Nenas


MD malas nak buat, so beli je kat kedai bakery Taman Bukit Indah ni. Sedap pulak tu jem dia. Tapi kalau nak buat pun boleh. Blog Kak Anim pun ada cerita cara nak buat jem nenas.

Akhir sekali, MD nak kongsi tips dan trick untuk resepi tart nenas ni:

1- Bagi pastikan jem tak kering bila di bakar, gaulkan 2-3 sudu butter bersama jem sebelum diguna. Hasilnya walau lama mana pun dibakar, jem tetap lembut.
2- Bagi mereka yang malas nak menorak pastri, boleh tiru gaya Kak Gee ni. Ambil segenggam pastri, bulatkan dan lepas tu leperkan dalam 1/2 inci dan teraplah guna acuan tart. Ada info bergambar di blog Kak Gee.
3- Nak lagi cepat dan tak messy main dengan jem. Bulatkan kecil-kecil (ikut selera korang nak jem banyak ke sikit) dan letak tepi. Bila nak pakai tu, ambil dan tepek je atas tart yang dah diterap.
4- Panaskan oven sebelum mula mengadun untuk kepanasan yang optimum.
5- Bakar selama 25 minit dengan suhu 170ºC-180ºC.
6- Cawan yang MD guna adalah cawan metrik iaitu cawan ada sukatan. 

kuih tart nenas, tart nenas gebu, tart nenas bunga, tart nenas sedap, tart nenas gebu sukatan cawan, resepi tart nenas
Tak susah pun nak membuat kuih tart nenas ni. Puas rasa sebab dapat makan tart yang best macam ni. Rapuh, gebu dan paling syok melted dalam mulut.

No comments:

Post a Comment