Sunday, October 2, 2011

Nasi Ayam

I tried to cook nasi ayam and it turned out to be marvelous. Everything that I done from nasi to chicken to the sauce wa very delicious. I am very proud of myself. Forgot to take any picture. Sorry you guys. Anyway you should try the recipe.

Resepi Ayam Madu Lada Hitam

bahan-bahan :
• 1 ekor ayam (dipotong empat)
• 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
• 1 inci halia (dikisar)
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• madu secukupnya
• 2 sudu besar sos cili
• 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
• 1-2 sudu besar kicap pekat
• garam secukup rasa
Cara-cara : Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa


Nasi Ayam

Untuk Nasi:
• 3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
• 2 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 1 sudu besar minyak sapi/Ghee
• sehelai daun pandan (dicarik dan disimpul)
• setitik pewarna kuning
• sedikit garam
• air rebusan ayam secukupnya bergantung pd jenis beras yg digunakan
Cara-cara : Kisar bawang2 dan halia. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar serta daun pandan sehingga wangi. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata2. Kemudian masukkan ke dlm periuk nasi bersama beras td. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa.

Untuk Sup :
• Air rebusan ayam
• 1 biji bawang merah (ditumbuk)
• 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
• sedikit serbuk lada hitam - optional
• 1 sudu besar stok ayam
• garam secukupnya
• sedikit daun sup dan bawang goreng
Cara-cara : Panaskan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan bawang goreng. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.


Untuk Sambal Cili :
• 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
• 1 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 1 sb sos cili
• 1 sb sos tomato
• sedikit garam dan gula
• sedikit jus limau kasturi
• air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat. Hidangkan.


Untuk Kicap :
• 1 sudu besar kicap pekat (-/+)
• sedikit kicap masin
• sedikit bancuhan tepung jagung (I didn't put this one)
• air secukupnya
Cara-cara : Masakkan air dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.


Untuk Kicap Pedas :
• 6-7 biji cili api
• 1 ulas bawang putih
• sedikit kicap masin dan kicap manis
• sedikt jus limau kasturi
• sedikit air masak
Cara-cara : kisar semua bahan sehingga hancur. Hidangkan.

Taken from: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/nasi-ayam-madu.html#ixzz1ZQJAvvsd

No comments:

Post a Comment