taken from http://qaseyhoney.blogspot.com/2012/12/pesan-ibu-saya-dari-chef-kamarul.html.
1. Sayur lebih tahan lama.
Sayur-sayuran segar terutamanya yang berdaun hijau amat mudah rosak. Untuk mengelakkan ini berlaku balut sayur-sayuran ini dalam kuantiti yang kecil dengan kertas. Kemuadian simpanla di bahagian sayur-sayuran di dalam peti sejuk. Nescaya sayur-sayuran ini akan dapat bertahan lebih lama.
2. Hilangkan bau hangit makanan.
Cara menghilangka bau hangit makanan termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara memasukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian tutup dan biarkan seketika InsyaAllah, bau hangit itu akan hilang secara perlahan-lahan.
3. Hilangkan lender ikan Air Tawar
Ikan air tawar memang terkenal dengan sejenis lendir yang bagi sesetengah orang yang tidak biasa kurang menyenangkan. Cara untuk mengurangkan lendir pada ikan, mudah sahaja, siang ikan seperti biase kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. Lendir ikan itu akan terus hilang bersama air tadi.
4. Tauhu tahan lama.
Tauhu adalah sejenis bahan makanan kaum Cina. Memang sedap jika betul cara masaknya namun tidaklah dapat bertahan lama kerana mudah rosak. Bagi mencegah tauhu yang kita beli rosak dengan cepat, cuci dengan air bersih. Tuskan tauhu sehingga kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga sejuk. Tetapi jika kita ingin terus memasaknya tidaklah perlu dibuat begini kerana kaedah ini akan mengubah rasa dan bentuknya.
5. Mudah mengopek kerang.
Ramai yang suka makanan laut ini tetapi tidak ramai yang suka mengopeknya terutama sekali kanak-kanak. Bagi memudahkan mengopek kerang, petuanya adalah dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.
6. Potong buah-buahan.
Buah-buahan adalah satu kemestian dalam diet seharian bagi membekalkan kita dengan sumber nutrisi dan vitamin. Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Jus daripada limau nipis ini mengandungi asid yang mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam terutamanya buah-buahan seperti epal, pear, lai dan lain-lain. Satu cara lagi adalah dengan merendam kan seketika ke dalam air ais bagi mengekalkan warna aslinya.
7. Hindari kumbang beras.
Serangan kumbang beras memang biasa terjadi terutama sekali jika ada kelembapan di tmpat simpanan beras kita itu. Untuk menghidari beras daripada kumbang beras, letakkan beberapa tangkai cili kering di dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Ini akan membuatkan kumbang beras itu tidak selesa lalu keluar dari bekas beras tersebut.
8. Masalah nasi mentah.
Memasak nasi bukanlah susah sangat namun kadangkala tak menjadi jugak. Banyak faktor yang menyumbang masalah ini seperti jenis beras, penggunaan periuk nasi yang baru malah penjagaan api itu sendiri. Kadangkala walaupun sesudah menyukat nisbah air dan beras secukupnya. Masalah nasi mentah tetap juga terjadi. Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya ialah isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kaedah ini seperti mengukus kerana stim daripada air panas itu akan memasak bahagian nasi yang mentah itu.
9. Hilangkan pahit peria.
Peria ialah sejenis sayuran yang tidak begitu popular, tetapi peminatnya boleh tahan juga ramainya. Sebab utamanya adalah rasa pahit peria itu, namun khasiat peria telah dibuktikan oleh ramai pakar perubatan. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Namun anda mestilah merasa dahulu masakan anda itu sebelum memasukkan lagi garam ya!!
10. Mudah mengupas kentang.
Ubi kentang antara sumber makanan yang membekalkan kita dengan serat dan khasiat lain. Untuk memudahkan pengupasan kentang, basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk mengikut kesesuaian resepi anda. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.
11. Ikan panggang berbau wangi.
Ikan panggang memang menyelerakan. Baunya sahaja menaikkan selera kita. Sekiranya ingin bau wangi dan kelihatan menyelerakan, balut ikan tersebut dengan daun kunyit selepas diperap. Kemudian, bakar ikan tersebut dengan api yang sederhana.
12. Rangupkan cucur.
Bagi pengemar cucur udang, ikan bilis jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas-panas. Tambah-tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan sedikit mentega ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng dengan api yang panas.
13. Tanggalkan kesan getah nangka.
Buah nangka sememangnya enak dimakan. Baunya sahaja sudah cukup menambat hati. Namun setiap kali memakannya kita tentu akan berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Untuk menanggalkan getah nangka, anda hanya perlu gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih.
14. Bawang goreng tahan lebih lama.
Bawang goreng bagai penyeri hidangan. Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula rendamkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan di dalam bekas kedap udara.
15. Tangan berbau hanyir.
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan anda. Cara ini akan membuatkan bau hanyir itu hilang.
16. Elakkan mata berair kerana bawang.
Menjadi kebiasaan apabila sedang asyik mengupas bawang, air mata pun turun bercucuran. Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini, rendam bawang di dalam bekas berisi air kemudian kupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.
No comments:
Post a Comment