hehehe tajuk pon lain macam jer sbb kali ni nyer ayam percik menjadi setelah pernah try ayam jadi kering bubuh kat dalam oven. Lepas tgk dapur bujang kat unifi terus nak cuba...differrentnyer ialah dia goreng dengan minyak sikit soo dia ada laa garing2 terbakar mcm sate. Sedap weeiii..kalau taruk dalam oven dia jadik kering kontang and wlwpon curah kuahnyer dah tak sedap sangat dah.
My review: Best. Macam daging sate.
https://www.youtube.com/watch?v=R3aA8YzKejI
Cara-cara
1. Ayam perap dengan kunyit, garam, lada hitam dan gula
2. ayam goreng setengah supaya cepat sikit masak biler nak panggang
3. Blend bwg merah, bwg putih, lengkuas, halia, cili kering and serai
4. Tumis bahan blend
5. Santan
6. Garam
7. Gaul ayam yang setengah masak dengan kuah yang baru dimasak ni.
8. Goreng dengan minyak yg sedikit untuk mendapatkan hasil garing and terbakar mcm panggang.
Tak tahu lah ni kira main tipo ker tak tapi mmg jadi mcm org jual kat pasar ramadhan tuh.
No comments:
Post a Comment