Tuesday, November 29, 2016

Pau Serat

This is our newest business. Please support us.
Keluaran bumiputera di jamin halal.
It is made of wholemeal flour.
It can be fried or stim.






Monday, November 14, 2016

Cheese Bread/brazillian cheese roll

Tried this recipe...it is easy and yummieh...i even add choki choki...







Cheese Bread/brazillian cheese roll

Bhn2:
1 telur
1 cwn susu segar
1/2 cwn minyak sayuran
5 oz @1 1/4 cwn parutan cheese (parmesan@ pecorino)
1/4 sd baking powder
1sdk garam
1 1/2 cwn tepung ubi/tpg kanji (blh pkai tpg jagung 3/4 cwn shj)

Cara2:
■Panaskan oven 190°c slm 10-15mnt
■Blend telur+susu segar+minyak
■Masukn cheese..blend lg
■strusnya,mskn baking powder + garam
■masukn tepung ubi sdkt2 shingga hbs
■Griskan acuan muffin..tuang adunan
■optional sy tabur oregano(resepi asal xde)
■ bakar suhu 190°c (api atas bawah)selama 20mnt @sehingga msk bergantung pd oven masing2(permukaan kekuningan coklat)

Thursday, October 13, 2016

Doa orang teraniaya

I feel down and sad. I even can;t sleep at night because of my crazy boss. I can't stand her anymore. She scolded me like there is no tomorrow in front of other people and all she says is a lie. When I tried to explain, she just can;t except it. She doing all the wrong thing and expect me to do the same thing with no integrity. I just can't make myself do that..my subconcious mind and my guilt and I still standing to Allah and Islam. I just can't do that. I just want to do my work sincerely and take my pay check at the end of the month. That's it. I've been dealing with her almost 10 years now. Sometimes i broke down, took my shattered pieces and just proceed again with my work. I am getting old with this crap. She will be retiring another one and a half year. I don't know if I could survive until that long.

Taken from a blog. It cool me down a bit.

Jika doa orang kafir yang teraniaya pun mustajab, maka apatah lagi jika yang terzalimi itu adalah seorang muslim yang taat?

Orang-orang yang teraniaya tidak perlu berputus asa menghadapi keperkasaan dan kekuatan penganiayanya. Mereka dijanjikan oleh Allah untuk mendapat pembelaan, perlindungan, dan pertolongan guna melawan penganiaya itu. Cara memperoleh jaminan tersebut adalah dengan selalu berdo’a kepada Allah agar para penganiaya itu mendapat adzab dan siksa dari Allah sehingga mereka tidak merajalela berbuat kezhaliman ditengah masyarakat. Karena itu, mereka seharusnya tidak meremehkan senjata do’a sebagai saran melawan kezhaliman orang-orang yang berbuat zhalim, karena permohonan mereka dikabulkan oleh Allah. Sebaliknya, orang-orang yang suka menganiaya seharusnya takut dan berhati-hati menghadapi orang-orang yang teraniaya, karena orang-orang yang teraniaya itu pasti dibela dan dilindungi oleh Allah. Permohonan apa saja untuk penganiayanya akan dikabulkan oleh Allah.

DOA ORANG TERANIAYA

1. ‘Ya ALLAH, mereka ini ( sebutkan nama mereka ) zalim/menipu/aniaya pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini’

2. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca ” Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha “. Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

Dulu, di Makkah, pada masa awal dakwah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau sering dianiaya oleh orang-orang musyrik Quraisy. Di antaranya, ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sedang bersujud di Ka’bah, lalu sekelompok orang Quraisy yang diwakili oleh ‘Uqbah bin Abi Mu’aith meletakkan isi perut bangkai onta di punggung beliau. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mendoakan kebinasaan bagi mereka bertujuh. Tiga belas tahun kemudian, barulah doa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dikabulkan oleh Allah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada peristiwa perang Badr dengan binasa dan terbunuhnya ketujuh orang tersebut.

Maka seorang muslim, tidak boleh merasa lelah dan jenuh dalam berdoa untuk meminta pertolongan kepada Allah Subhaanahu Wata’ala, dan mengharapkan kehancuran musuh-musuh Allah Subhaanahu Wata’ala. Karena cepat atau lambat, doa-doa itu akan dikabulkan oleh Allah Azza Wajalla.Wallahu Sami’ Mujib

HUKUM MENDOAKAN KEBURUKAN ATAS ORANG ZALIM

Pada dasarnya, dibolehkan bagi orang yang dizalimi dan dianiaya untuk membela dirinya salah satu bentuknya adalah dengan mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya.

Allah Ta’ala berfirman,
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Nisa’: 148)

Ibnu Abbas berkata tentang ayat ini: “Allah tidak suka seseorang mendoakan keburukan untuk selainnya, kacuali ia dalam keadaan dizalimi. Allah memberikan keringanan baginya untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya.dan itu ditunjukkan oleh firman-Nya, “Kecuali oleh orang yang dianiaya.” (namun), jika bersabar maka itu lebih baik baginya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir terhadap ayat di atas)

وَلَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَئِكَ مَا عَلَيْهِمْ مِنْ سَبِيلٍ
“Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka.” (QS. Al-Syuura: 41)

. . . dibolehkan bagi orang yang dizalimi dan dianiaya untuk membela dirinya salah satu bentuknya adalah dengan mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya. . 

Saturday, June 11, 2016

resepi Brownies kedut

ok nak kene tag sbb nak buat lagi sekali tercari2 balik resepi...

Source: http://dapur.ibucergas.com/rahsia-mendapatkan-kedut-pada-brownies-kedut/

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Rujukkan : Azlita Masam Manis
  • 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate (saya guna Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet)
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko (Hershey’s Natural Cocoa Powder)
Cara Membuatnya:
  1. Cairkan coklat masakkan dan mentega guna kaedah double boiler. Iaitu isi periuk dengan air dan didihkan. Dalam bekas lain, masukkan coklat coklat masakkan dan mentega, dan tenggekkan atas air mendidih tadi. Pastikan air ditutup supaya tak panas sangat. Kita tak nak hanguskan coklat.
  2. Dalam bekas lain, pukul guna dan telur sampai rata dah cukup, tak perlu kembang. Masukkan garam, tepung dan serbuk koko.
  3. Masukkan coklat cip cair tadi ke dalam adunan telur tadi. Kaup balikkan sampai sebati. Jangan kacau lama sangat.
  4. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yang dilapik baking paper. Pastikan ade baking paper sebab senang nak angkat brownies nanti.
  5. Bakar 20 – 25 minit dalam suhu 160 celcius.
  6. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  7. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

RAHSIA KEDUT PADA PERMUKAAN BROWNIES

Yang ini yang susah nak dapat ni. Melalui pengalaman saya, saya pakai coklat coumpound berbeza menjadikan permukaan brownies yang jauh berbeza, meskipon menggunakan resepi yang sama. Tengok gamabr bawah ni, sebelah kiri adalah menggunakan Selbourne Dark Chocolate RM14 sekilo dan kanan menggunakan Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet.
Mungkin kerana kandungan gula dalam semi sweet chocolate chip tu menjadikan gula caramaelize pada permukaan brownies. Mungkin lah. Hahahaha. Harga Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet RM19 untuk 340 gram 8-O. Tercekik kan. So jangan tanya kenapa mahal ya. Sebab bahannya pon mahal. Wahahahahaa.
Nak murah buat sendiri. Resepi pon ada tu, insyaAllah senang jek dan tak perlukan mesin kek pon. Cubalah.

Sunday, March 13, 2016

Sambal tumis new style with new tips from bizwomen

I got this from fb. Before i lost the tips & tricks better I jot down here. Moreover I already tried it myself. It looks like sambal in the shops.

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1009754169065806&set=a.1009733875734502.1073741862.100000936960672&type=3&theater

*some of the pic courtesy from the akak's fb. Mintak halal yer kak. Yg last2 tuh baru gambaq dah original buat sendiri.

halia dan cili kering
Bahan kisar.

1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 inci halia

Kesemua bahan ini dikisar.

Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.


2 biji bawang besar.
(Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)

Bawang besar dihiris
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.

panaskan minyak


Panaskan minyak masak.

Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.

Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol😉). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak... oh begitu ya.... untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.


Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
masukkan bawang yang telah dihiris untuk digoreng

tumis bwg hiris

Tumis bawang besar hingga naik bau.

Nota :

Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.

Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.

Kalau macam garing dia macam 'tak jadi' sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.


bau naik


Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
=======================================

Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.

Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.

Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.


Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
bahan kisar

Belacan Bakar

Masukkan belacan bakar.
terbit minyak

kacau sampai terbit minyak. Cili kering mesti masak betul2.


Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.

Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.


Saya masak guna api sederhana.

Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya 'terbit minyak' agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.


Proses TERBIT MINYAK aka Pecah Minyak.
===========================

Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.

Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.

masukkan gula

ceramalizedkan gula

Masukkan gula.

Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.

Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.

Masukkan Gula putih atau gula melaka pun boleh.


Tumis sebentar. Gula akan 'caramelised'. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita.

Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.


Air
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.

Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.


ikan bilis


Masukkan ikan bilis.

Ini pun banyak versi.

Ada orang goreng dahulu.

Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.

Ada orang goreng separa masak.

Ada orang tak goreng.

Ok... ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.


Asam Jawa

Masukkan 3 sudu air asam jawa.

Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.


Garam secukupnya

Masukkan garam secukupnya.

masak



Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.

Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami.


Sambal tumis ikan bilis.

*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.

Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.

Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.


sambal tumis siap. Boleh buat stok.

Tuesday, March 8, 2016

Resepi churros

Source: http://cercitermama.blogspot.my/2015/09/main-masak-masak.html




Bahan-bahan

1 cawan air
1 sudu makan gula 

1 1/2 cawan tepung gandum - saya bubuh 1 1/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
#Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula.
Kecilkan api. Masukkan tepung.
Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2.
Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh gune nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag).
Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers.
Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.


Tips: lebihkan butter...kalau tidak susah nk pipping. Telur tak kisah size or gred pon. Bila dough dh sejuk gaul ngn tangan jer. Ni resepi utk satu bancuhan..dptlah dlm 30-40 batang..saya buat comel2 nanti tak muak. Makan ngn gula + serbuk cinamon or nutella jer

Wednesday, March 2, 2016

Resepi donut ala big apple yang menjadi sukatan cawan

Source: http://yuniqueculinaire.blogspot.my/2015/04/bongkar-rahsia-1-resepi-donut-ala-ala.html


RESEPI DONUT GEBU ALA ALA BIG APPLE
(Tested recepie)
Texture:Rangup luar, Dalam lembut,Berongga dan ringan

Bahan A
2 sudu kecil yis
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat krimer
1 cawan air suam

1biji telur
3 sudu marjerin cair

Bahan B
3 cawan tepung
1/2 sudu kecil garam halus

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A untuk hidup kan yis kecuali marjerin dan telur
2.Bila dah berbuih masukkan marjerin dan telur kemudian masukkan bahan B.
3.Gaul sebati.dough lembut xmelekat ditangan.biarkan kembang 2 kali ganda.
4.Tumbuk untuk keluarkan angin.doh xmelekit dan elastik.
5.Bentukkan doh dan biarkan kembang 2kali ganda sebelum menggoreng dlm minyak panas api sederhana kecil.
5.Goreng keemasan dan taburkan gula kastor/icing sugar/topping coklat.

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016

Hope this year will be better than the last year. Dimurahkan rezeki, ketenangan dan kebahagiaan. Amin. Same old resolution like last year. Still have the list on my wall. Don't bother to write a new one coz it haven't really achieve it. trying again this year.