I got this recipe from someone in the net. Dia share mende and dia pergi kursus PJJ berbayar. Semoga dimurahkan rezeki.
Monday, November 23, 2020
Resepi Roti Boy
Pun dah pernah try. Mmg jadi.
Source: https://www.keluarga.my/confirm-jadi-ini-resipi-roti-boy-sedap-dan-lembut-patutlah-viral/
Bahan-bahan untuk buat roti
1. Tepung Gandum 300gram (lebih kurang 3 cawan)
2. Gula 70gram (around 2/3 cawan, if suka manis boleh letak 1 cawan)
3. Mentega 30gram
4. Telur sebijik
5. Yis 1 sudu besar
6. Susu segar 150ml **suhu bilik
7. Salted butter (untuk letak dalam doh roti)
Cara penyediaan:
Roti bun manis and gebu
Dah try a few times. Mmg jadi.
Source: https://www.rasa.my/roti-manis-selembut-kapas-lembut-digigit-cair-dimulut/
Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut
Resipi roti yang sangat lembut dan manis dengan taburan gula serta mentega cair.
ROTI MANIS
BAHAN A
- 150ml air suam
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- Campurkan bahan ini sampai berbuih
BAHAN B
- 250gm tepung gandum/all purpose
- Secubit garam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu tepung
- 1 sudu besar water roux (1 sb tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat)
- Sebiji telur
BAHAN C
- 30gm butter cair
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Campurkan bahan A dan B uli sebentar
- Selepas itu masukkan Bahan C
- Uli, baling-baling manja sampai menjadi doh menjadi elastik lebih kurang 15-20minit.
- Kalau doh melekat pada tangan, ambil sedikit tepung sapukan pada tangan. Sambung uli lagi sampai doh tidak melekat dekat bekas uli dan di tangan. Ulang-ulang langkah ini.
- Siap uli, tutup dengan kitchen towel atau plastik wrap dan letakkan dekat tempat yang hangat. Boleh letak dekat heater untuk naikkan doh dalam setengah jam, tumbuk doh buang angin. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik tiga kali ganda.
- Setelah siap dibahagikan doh 45gm untuk buat bentuk bulat atau lonjong ikut citarasa anda.
- Masukkan dalam loyang bakar dan rehatkan lagi biar doh naik. Rehat lebih kurang dalam 10 minit. Sebelum bakar, renjis/spray air atau sapu telur atas doh
- Selepas itu taburkan gula.
- Bakar dengan suhu 180c lebih kurang 20 – 25 minit. Ikut oven masing-masing, bakar sampai masak.
- Kemudian bakar sekejap guna api atas sahaja untuk dapatkan warna kuning atas roti.
- Lepas keluar dari oven sapukan mentega cair atas roti. Biar dia kekal lembab dan lembut.
RESEPI ROTI MANIS GEBU WATER ROUX
Kalau takde bread improver boleh try water roux.
http://annaqawina.blogspot.com/2015/01/roti-manis-gebu-tangzhongwater-roux.html
RESEPI ROTI MANIS GEBU WATER ROUX
by: Zurina Kifli
Olah by Anita Daniel kitchen
4 cwn tepung gandum (saya guna tepung high protein )
4 sb gula kastor
1/2 sk garam
3 sb mentega
3 sb susu pekat manis
3 sb susu tepung
1 cwn air suam
1 peket mauripan
4 sb penuh tangzhong
1. kacau bersama yis, gula, susu pekat mentega dan air selama 10 minit hingga berbuih.
2. setelah 10 minit satu kan semua bahan lain.dan gaul rata. buat lubang ditengah dan tuang separuh air sambil uli sebati.
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan. uli dalam 20 ke 30 minit. tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
4. tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yg disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda.
Sapu bancuhan susu, telur dan madu ke atas roti. Bakar 160-180 selama 20-25 minit bergantung kepeada oven masing-masing.
Terus sapu butter setelah keluar dari oven.
Water Roux / tangzhong
Bahan-bahan
250 ml air
50 gram tepung roti atau tepung gandum
satukan semua bahan dalam periuk dan kacau bagi rata , masak diatas yang sedarhana dan kacau selalu dengan hand whisk supaya tidak hangus.terus mengacau hingga buih-buih kecil terbentuk dipermukaannya dan apabila dikacau dengan whisk terbentuk jaluran pada adunan.tutup api dan angkat...biarkan sejuk baru masukkan bersama dgn adunan roti tadi dan uli bersama
2. masukkan adunan water roux yg masih panas kedalam mangkuk dan bungkus dengan pelastik wrap untuk mengelakkan permukaanya mengeras,biarkan sejuk dulu baru di campurkan dengan bahan asas membuat roti
3.untuk menyimpan lebihan yer simpan dlm bekas dan tutup rapat simpan dlm peti sejuk ..bole tahan selama seminggu
Waffle gebu
Ok...all this while I thought my pancake waffle is broken. i already bought like 2 waffle makers and going to make another purchase. After sooo long the waffle maker is in the cupboard untouch because I feel devastated everytime I make waffle the waffle stick terribly to the pan. So I got fed up. Then one day afetr seeing people making waffle I feel like eating one and because of this PKP i am lazy to go to mall so I decided to try another round.
To my surprise, it work. The trick is enough butter and oil. Follow this recipe. Another trick to ensure its softnest don't overcook it.
http://www.dianarashid.com/2017/07/resepi-waffle-paling-sedaplembut-dan.html
Cara-caranya-
Dalam satu bekas masuk kan tepung , gula,secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanila, majerin yang sudah dicairkan dan minyak masak.
Ambil kuning telur, campur dengan satu cawan air.kacau2 dan masuk kan dalam tepung.Kacau tepung sampai sebati...dan lembut..
kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang.kemudian masuk kan putih telur dalam adunan tepung.