Sunday, October 8, 2017

Resepi Creme Brulee

I have tried this recipe...marvelous....lemak berkrim...put less sugar...



RESEPI CREME BRULEE
======================
Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Gula untuk ditabur di atas creme brulee
Cara-cara:
Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.
Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati.
Tapiskan.
Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
Bakar kira-kira 15-20 minit.
Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch dengan api yang sederhana hingga gula caramelized.
Cara lain- masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke dalam oven dan gunakan api atas sahaja. Bakar hingga gula menjadi perang (caramelized)
Selamat Mencuba!!!
Like & Share
Senangnya Masak

No comments:

Post a Comment