Sunday, July 26, 2015

Niat Puasa 6 Syawal dan puasa ganti / qada'

Niat Puasa 6 Syawal

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي 

Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.

Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-puasa-sunat-6-syawal-puasa-ganti.html#ixzz3h34k1XtZ

Tuesday, March 17, 2015

Resepi Sri Kaya Karamel

tried this recepi and it works wonderfully delicious. Tapi lenguh tangan laa nak kacau to avoid sticking to the pan.

source: http://www.tiffinbiru.com/2014/04/resipi-seri-kaya.html





BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A (gred B pun boleh)
300 ml pati santan (kalau dapat guna santan segar)
240 gram gula halus (guna 180 gram sahaja)
2 helai daun pandan, disimpul
60 gram gula pasir*
130 ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, pastikan jangan sampai gelap, nanti pahit. Kacau sentiasa semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, berhati2 semasa menuang , kerana ia akan memercik. Tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
  3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 1 jam. Tutup api.
  4. Keluarkan daun pandan. Isi kan seri kaya tadi ke dalam botol yang bersih (sebelum tu, botol dicuci, rebus dalam air panas 5 minit dan toskan hingga kering, begitu juga dengan penutup botol). Biar seri kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. Boleh hidangkan bersama roti dan sebagainya. Dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya....Selamat mencuba!!...
    makan dengan pancake honey

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Sagu Gula Melaka

Source: http://www.azlitamasammanis.com/2014/06/sago-gula-melaka.html



Ni kira kali kedua nak cubaan masak sagu gula melaka. First buat tak tahu sebenarnya sagu perlu dibasuh bawah paip air untuk buang kanji dia. Tgk2 macam gam terus patah semangat. Actually dah betul dah masa tuh. Memang rupanya akan berkanji. Bila basuh tinggal biji2 sagu jer...thnx to www.azlitamasammanis.com. Baru tahu cara yang betul. So yesterday kira attempt second time. Memang menjadi. Nak cuba jugak sbb memang favourite sagu gula melaka ni. Tapi nak tambah baik sikit gula next time kurangkan sikit sbb terlalu manis. Taruk pewarna merah di sagu kununnya nak cantek.

SAGO GULA MELAKA
Bahan-bahan

200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


Kaedah Penyediaan

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
Masak hingga gula larut
Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
Masak hingga pekat dan sejukkan

Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan

Bila sago dah sejuk dan kental, 
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
Kalau buat dalam bekas kaca tu tak payah keluarkan terus tuang air gula dan santan
Dessert ni sangat sedap di makan dingin. 

Sunday, February 15, 2015

Resepi Tepung Pelita

Sumber: http://www.dapurkakjee.com/2012/07/tepung-pelita-idamanku.html?m=1


TEPUNG PELITA
sumber: Rina Mohd Dom, Kajang

Lapisan hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)

Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Sunday, January 4, 2015

Jalan-jalan cari makan di Melaka - Ikan Bakar, Asam Pedas etc

Hasil kajian sbb nak bercuti ke Melaka sambil jalan2 cari makan



Ikan Bakar 

http://paklangpaklong.blogspot.com/2010/12/ikan-bakar-melaka.html

1. Medan ikan bakar. Muara Sg Duyung , signboard Ujong Pasir/Padang Temu Kalau nak reserve boleh call nombor ni 012-6362339 (En. Azmi)

KM4-5, Jalan Padang Temu, Permatang Pasir, 75460 Melaka.


Menu: sotong goring tepung, kupang sambal, ikan jenahak masak sweet sour / masak sambal, ikan bakar berlada

Personally, dalam byk2 kedai ikan bakar, ktrg pilih ikan bakar ni nak test. Mmg superb. Servis pon laju. Murah. Ktrg order...sotong masak tepung (the best crunchy delicious sgt and lembut sbb fresh), ketam masak berlada (pedas sikit tapi ketam manis sbb fresh), pepahat masak sambal, udang goreng (udang besar2), ikan siakap (sebelah masak sweet sour at least anak makan tak pedas, sebelah lagi bakar...bakar dia pon nice ngn daun pisang), sayur kailan ikan masin. Semua ni RM139. Murah kan? Lain kali leh datang lagi.

2. ALA KASSIM,crystal bay murah, kedai haji musa. Gerai No 1 Ala Kassim. Hp 012-6119161.

3. Ikan bakar Serkam 


4. Restoran Seri Muara Alai Haji Nasir, pon ad gk..best..siap de pepahat, ikan pari goring sambal (no otak2 tak sedap) * Hp 016-6331373 atau Kedai 06-2634612

5. Medan Ikan Bakar Alai - Gerai MBMBB.
Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar

6. Medan Ikan Bakar Sg Punggor. Deli Mutiara. Hp 017-2556650

7. kedai no 6 umbai / Parameswara ( 06-261 6106) Hp 012-3152301 atau Kedai 06-2865468.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Asam Pedas

1. Asam pedas (kota laksama atau pasar borong taman medeka)
Lokasi: Ujong Pasir, Kedai Perhentian Kuih Kampong.
1. Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka

2. Taman Kota Laksamana (Antaranya Rest.  Asam Pedas Pokok Besar )-  Buka malam sampai pagi.
Komen pelanggan – kat kota laksamana ade 3 kedai cari kedai yg ramai org mkn tu la yg sodap.

3. Di pasar borong Taman Merdeka ( Buka malam sampai pagi ) *
Komen pelanggan 1 – kalo kat pasar borong kedai no 1
Komen pelanggan 2 – Asam pedas pasar borong terrbaik sedap..gerai haji tu yang nak dekat toilet. Tempat lain juga tapi kat situ terbaik.. tetap tempat aku suka.

4. Asam Pedas Puteri ( Batu Berendam )
Komen pelanggan 1 – kalau korang betul-betul orang melaka & dah cuba makan asam pedas merata tempat… korang patut cuba asam pedas puteri… coordinate 2.248794,102.252456… jalan bachang / batu berendam… aku rasa kat sini lah yg paling best…
Buka 6 ptg – 2 pagi korang tentu akan terkejut bila order dia akan ambik ikan dari peti ais dan masak untuk ko sorang jer… Ia masak segera panas panas, bukan dari periuk besar

5. Asam Pedas Power ( Depan Kubur Bersejarah Bukit China/ BSN)
Komen pelanggan 1 -Asam Pedas Power tu masak berlada.. memang lah berapi. Cuba kawasan bachang,ada satu yg power,tp kedai dia , jap bukak jap x..ngee..pedas power punya…

6. Restoran Berkat Salam ( Bukit Katil ) ini best juga
7. Asam pedas mona..kt jln kota laksamana.
8. pasar borong kedai no 1...kat kota laksamana ade 3 kedai cari kedai yg ramai org mkn tu la yg sodap.
9. anjong keling kat tepi pantai kmpg hailam...asam pedas pun piaouw gak

-----------------------------------------------------------------------------------------

Restoran Baba & Nonya

1) Restoran Ta Chi – Florence 06-281 3777

Ingatkan kedai Florence Tan yg masuk tv rupernyer Florence yang lain daaa...anyway ktrg pekena cendol, abc and sago gula melaka. Mmg terbaik laaa...manis gula melaka mmg da best in the world. Sago pulak soft sangat. Berbaloi. Kedai tepi kecik jer...sesat jugak laa nak carik.

2) Restoran Big Nyonya (datuk Kenny Cheng), no 33, jalan merdeka, taman melaka raya yang 1km dari kawasan pusat membeli belah di padang pahlawan, bandar Melaka 06-286 3536

3) The Makko Nyonya Restauran
    
    23, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya,
    75000 Melaka
    Tel.: 06 – 284 0737
    Fax: 06 – 283 7490
    Lunch    : 11.30am – 2.45pm
    Dinner  : 6.00pm – 9.30pm
    Closed on Tuesdays

4) Restauran LimaBlas
5) Restoran Ole Rasa sayang - ada comment mcm tak best
6) Melaka Nyonya Village 178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
    75000 Malacca City, Malaysia +606 - 2831179
7) Restoran Peranakan
    107, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
    75200 Melaka
    Tel : 06 – 2845 001

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makanan yang femes di Melaka


1. Klebang original coconut shake / coconut shake batu berendam / alai
2. Cendol depan jam besar melaka
3. Restaurant jonker 88 melaka. Asam laksa & cendol..asam laksa sangat sedap..masam2 pedas..memang cukup rasa..cendol pulak sedap rasa lebih gula melaka..en.suami order sagu melaka
4. Satay Kampung Jawa
5. Perhentian Kuih Kampung, Jalan Ujong Pasir, Melaka

    Ni kitrg dah pegi, kuih bengkang dia lembut2 and sedap.

6. Kuih Udang Alor Gajah, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka
7. nasi lemak lereh
8. pak putra
9. mee sup tengkera
10. yong tou fu Pantai Puteri Tanjung Keling
11. Gerai No 1, Medan Selera Pasar Menggong,  Alor Gajah, Melaka
12. kacang pool, bamiya n syasuka boleh pergi di kedai pak arab tepi jalan Ujong Pasir.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
# Tapak bersejarah
1.       Makam Hang Tuah
2.       Makam Tun Teja
3.       Perkuburan Belanda
4.       Makam Hang Jebat
5.       Makam Hang Kasturi
6.       Perigi Hang Li Poh
7.       Makam Sultan Hussein
8.       Perigi Hang Tuah
9.       Perigi Raja
10.   Kota Kuala Linggi
11.   A Famosa
12.   Kota St. John

# Tempat agama
1.       Masjid Kampung Hulu
2.       Masjid Tengkera
3.       Masjid Tanah
4.       Masjid Kampung Kling
5.       Masjid Al-Azim
6.       Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
7.       Kuil Sam Po Kong
8.       Kuil Hang Li Poh
9.       Kuil Cheng Hoon Teng Temple
10.   Gereja Christ
11.   Gereja St. Francis Xavier
12.   Gereja St. Paul
13.   Gereja St. Peter

# Tempat bersejarah
1.       Melaka Pindah
2.       Kampung Tedong
3.       Porta De Santiago
4.       Persiaran Jonker – Jonker Walk
5.       Villa Sentosa
6.       Tanjong Tuan
7.       Kota St. John
8.       Dataran Portugis
9.       Kampung Chitty
10.   Masjid Selat
11.   Kampung Semabok

# Muzium di Melaka
1.       Muzium Pemerintahan Demokrasi
2.       Muzium Tuan Yang Terutama
3.       Muzium Islam Melaka
4.       Istana Kesultanan Melaka
5.       Muzium Sejarah dan Ethnografl
6.       Galeri Laksamana Cheng Ho
7.       Muzium Sastera
8.       Muzium Belia Malaysia
9.       Galeri Seni PERZIM
10.   Muzium Rakyat
11.   Muzium Kecantikan
12.   Galeri Layang-layang
13.   Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)
14.   Muzium Samudera Fasa II
15.   Muzium TLDM (ditutup untuk naiktaraf)
16.   Muzium UMNO
17.   Kapal Ex-KD Sri Terengganu (ditutup untuk naiktaraf)
18.   Muzium Orang Asli, Ayer Keroh (ditutup untuk naiktaraf)
19.   Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
20.   Muzium Pertanian, Jasin
21.   Muzium Laut
22.   Muzium Warisan Baba dan Nyonya
23.   Muzium Pulau Besar
24.   Muzium Setem Melaka

# Tempat Menarik di Ayer Keroh
1.       Taman Mini Malaysia
2.       Taman Mini Asean
3.       Zoo Melaka
4.       Taman Burung
5.       Hutan Rekreasi Ayer Keroh
6.       Taman Buaya
7.       Dataran Sejarah
8.       Taman Budaya Melaka
9.       Muzium Orang Asli
10.   Taman Ular dan Reptilia
11.   Tasik Ayer Keroh
12.   Auyin Hill Resort
13.   Taman Rama-rama

# Tempat Menarik lain
1.       Sungai Melaka
2.       Menara Taming Sari
3.       Dataran Pahlawan
4.       Dataran Sejarah
5.       Dataran Bandaraya
6.       Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
7.       Taman Rekeraksi dan Air Terjun Gunung Ledang , Asahan
# Pantai dan Pulau
1.       Pantai Klebang
2.       Pantai Tanjung Bidara
3.       Pantai Puteri
4.       Pantai Pengkalan Balak
5.       Pantai Kundor
6.       Pulau Besar
7.       Pulau Upeh

# Makanan
·         Asam Pedas
·         Cencalok
·         Belacan
·         Gula Melaka
·         Dodol
·         Tapai
·        Makanan Baba Nyonya 
·         Makanan Masyarakat Chitty
·         Satay Celup

·         Nasi Ayam Bebola