Tuesday, August 18, 2009

Kaedah baru mengawal Virus H1N1


Cara Virus H1N1 berjangkit dari satu individu ke satu individu yang lain adalah sama sepertimana jangkitan selsema biasa.

Proses jangkitan 1:

Apabila seseorang yang sedang dijangkiti virus selsema ia batuk atau bersin, virus yang berada dalam rongga hidung dan kerongkong akan keluar dan tersebar melalui udara.

Jumlah virus yang banyak dan tepu seperti diatas jika dihidu oleh individu lain boleh menyebabkan ianya dijangkiti.
Peringkat permulaan virus akan hinggap dibahagian pangkal hidung, jika terdapat sedikit lembapan dan kotoran maka virus ini akan terus dapat hidup dan membiak.

http://www.camfilfarr.com/cou_camfil/industries/care/infection_transfer.cfm

Proses jangkitan 2:
Apabila terdapat individu pesakit duduk dalam satu bilik yang tidak ada pengaliran udara yang baik.

Nafas pesakit yang mengandungi virus akan memenuhi ruang bilik tersebut. Jika ada individu yang lain memasuki bilik tersebut, jangkitan akan bermula.

Proses jangkitan 3:
Mereka yang kuat sistem immunity apabila terkena jangkitan tetap berkeadaan stabil dan tidak menunjukan tanda yang membimbangkan, kecuali rasa sedikit panas di bahagian muka atau sesetangah anggota badan, apabila mereka menghampiri kanak-kanak atau individu yang lemah sistem immunity, jangkitan mudah terjadi.

Proses jangkitan 4:

Terdiri dari mereka yang sudah hampir sembuh sepenuhnya dari selsema yang kuat, kecuali selsema di peringkat akhir, saki-baki virus masih ada, masih berpotensi untuk membawa jangkitan, kecuali setelah sembuh sepenuhnya.

Pembiakan virus:

Virus yang hinggap di pangkal hidung dapat membiak dengan memakan kotoran yang terdapat dalam hidung. Hidung akan memberi reaksi untuk mengeluarkan virus-virus ini dengan cara bersin. Walaubagaimanapun jika terdapat lembapan dan kotoran yang sesuai dalam hidung, virus ini tidak lagi dapat dikeluarkan oleh proses bersin. Kemudian hidung akan mengeluarkan sejenis cecair untuk memerangkap virus yang dikenali sebagai cecair hingus, cecair ini akan mengalir ke dua arah, satu kearah lubang hidung dan satu lagi kearah tekak.

Kedua-dua arah cecair ini merbahaya dan hendaklah dikeluarkan.

1) Dari rongga hidung ia hendaklah dikeluarkan, kemudian cuci rongga hidung menggunakan air yang bersih dengan cara menyedut air dengan perlahan-lahan hemudian hembuskannya. Lakukan beberapa kali sehingga terasa bersih rongga hidung, dengan cara ini virus dan kotoran dapat dikeluarkan.

2) Cecair hingus yang mengalir ke arah tekak jangan sekali-kali ditelan, kerana ia mengandungi virus. Jika ditelan akan mengakibatkan virus masuk kedalam sistem tubuh dan mengakibatkan demam.

Kaedah pencegahan 1:

Kerapkan mencuci rongga(lubang) hidung dengan air yang bersih dengan cara menyedut air menggunakan hidung dan menghembuskannya. Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari atau seberapa kerap yang mungkin. Cara ini dapat mengelakan berkumpul kotoran menjadi mendapan yang sesuai untuk pembiakan virus selsema.
Apabila bahagian ini telah dibersihkan virus yang masuk tidak dapat bertahan kerana tidak ada sebarang sumber makanan. Kaedah pembersihan rongga hidung belum diketahui dalam ilmu kesihatan moden sehingga ke hari ini. Bagaimanapun kaedah ini telah diajar olen Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun lebih yang lalu. Iaitu sunnah sebelum berwudhu memasukkan air ke dalam hidung kemudian menghembuskannya, diulangi sebanyak 3 kali.
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/wuduk.html

Kaedah pencegahan 2:

Apabila anda mula dijangkiti, anda akan terasa kurang selesa dibahagian dalam rongga hidung, diikuti bersin yang berturut-turut(tanda-tanda awal selsema).

Tindakan pantas yang perlu anda ambil ialah mencari air dan mencuci dalam rongga hidung seberapa cepat dan kerap yang mungkin, cara ini dapat mengeluarkan virus yang baru hinggap dalam rongga hidung. Diikuti cecair pekat yang mengalir ke arah tekak hendaklah dikeluarkan melalui ludah. Kaedah ini dapat menyekat virus dari masuk kedalam tubuh.

Jika ditelan, virus yang masuk akan mendatangkan masalah kepada organ-organ dalaman seperti paru-paru dan sebagainya. Dalam masa yang sama dapatkan ubatan yang disyorkan oleh doktor untuk kawalan virus selsema. Dan dapatkan produk yang dapat menguatkan sistem immunity seperti Habbatussauda. Habbatussauda dapat mengawal virus selsema dengan mantap dan berkesan, ini telah banyak dibuktikan oleh kajian saintifik dan pengalaman mereka yang pernah menggunakannya.

Habbatussauda bersifat panas, kering dan anti bakteria, anda boleh memakannya secubit setiap setengah jam sehingga kesan-kesan selsema hilang sepenuhnya. http://alumnifiad.youneed.us/kesehatan-f21/habbatus-saudah-t61.htm

Quarantine(pengasingan):

Individu yang telah di asingkan kerana sedang dijangkiti virus selsema hendaklah mengambil ambil berat beberapa perkara supaya pesakit tersebut cepat sembuh, dalam masa yang sama tidak menjangkiti individu yang lain.

1) Makan ubatan dengan mengikut aturan dan nasihat doktor.

2) Jika mampu ke bilik air:
Kerapkan mencuci rongga hidung apabila terasa banyak lembapan berkumpul iaitu menggunakan air dengan kaedah diatas.
Mengeluarkan kahak sekerap mungkin dan jangan sekali-kali ditelan. Tugas cecair kahak dan cecair hidung untuk memerangkap virus, tugas kita mengeluarkannya melalui berludah.

3) Apabila bersin atau batuk hendaklah tutup mulut dan hidung dengan dua tapak tangan atau berlapik dengan kain.

4) Didalam bilik sediakan satu kipas angin yang menghala ke arah tingkap, fungsi kipas angin ini untuk mengeluarkan udara tercemar dari bilik tersebut. Jika tidak, udara dalam bilik tersebut akan menjadi tepu dengan virus selsema dan boleh menjangkiti individu lain yang masuk. Dengan fungsi kipas ini, udara bilik sentiasa bersih.

5) Sebagai tambahan dimusim selsema, gunakan pewangi udara yang mengandungi anti bakteria untuk tempat berair-cond seperti pejabat, dewan, kereta, bas dan sebagainya. Banyak produk ini dipasaran seperti Dettol, Nanomist dan lain-lain.
Jika anda mampu, anda boleh gunakan alat penapis udara yang biasa dikenali UV air purifiers, ionizers,air filters dan sebaginya. Walaubagaimanapun asas kepada kesihatan bermula dari diri anda sendiri, sebab ditempat yang terdedah anda tidak punyai perisai kecuali kebersihan diri.

Langkah berjaga-jaga:
  • Jarakkan diri dari individu yang terkena jangkitan atau yang masih belum sembuh sepenuhnya pada jarak 2 meter jika anda tidak menggunakan mask(penutup hidung).
    Jangan masuk bilik yang ada individu terkena selsema kecuali menggunakan mask.

  • Individu yang sudah baik dari demam tetapi masih batuk berkahak, hendaklah menjarakkan diri dari individu yang sihat, terutama anak-anak kecil dan orang-orang tua, kerana saki-baki virus masih ada kecuali telah sembuh sepenuhnya.
    Penggunaan kipas ke arah tingkap untuk mengeluarkan udara tercemar adalah sangat penting untuk mengelakan penularan virus dalam kawasan bertutup seperti rumah, pejabat dan sebagainya.
  • Walaupun anda dalam keadaan sihat, jangan abaikan kebersihan rongga hidung kerana itulah pintu masuk bermacam-macam virus yang boleh menyebabkan selsema, asma, resdung dan sebagainya. Paling kurang lima kali sehari iaitu sebelum mengambil wudhu. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang banyak mengandungi hikmah dan rahsia, ia tidak boleh dipandang remeh, dengan penemuan kaedah ini insyaallah semuga masalah virus H1N1 akan selesai.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

**Perhatian: Artikel ini berdasarkan penemuan dan pemerhatian, belum disahkan oleh kajian saintifik. Jika anda fikir ada benarnya, sila fowardkan kepada kenalan.
Sekian wassalam, semuga memberi manafaat.

No comments:

Post a Comment