Saturday, June 11, 2016

resepi Brownies kedut

ok nak kene tag sbb nak buat lagi sekali tercari2 balik resepi...

Source: http://dapur.ibucergas.com/rahsia-mendapatkan-kedut-pada-brownies-kedut/

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Rujukkan : Azlita Masam Manis
  • 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate (saya guna Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet)
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko (Hershey’s Natural Cocoa Powder)
Cara Membuatnya:
  1. Cairkan coklat masakkan dan mentega guna kaedah double boiler. Iaitu isi periuk dengan air dan didihkan. Dalam bekas lain, masukkan coklat coklat masakkan dan mentega, dan tenggekkan atas air mendidih tadi. Pastikan air ditutup supaya tak panas sangat. Kita tak nak hanguskan coklat.
  2. Dalam bekas lain, pukul guna dan telur sampai rata dah cukup, tak perlu kembang. Masukkan garam, tepung dan serbuk koko.
  3. Masukkan coklat cip cair tadi ke dalam adunan telur tadi. Kaup balikkan sampai sebati. Jangan kacau lama sangat.
  4. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yang dilapik baking paper. Pastikan ade baking paper sebab senang nak angkat brownies nanti.
  5. Bakar 20 – 25 minit dalam suhu 160 celcius.
  6. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  7. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

RAHSIA KEDUT PADA PERMUKAAN BROWNIES

Yang ini yang susah nak dapat ni. Melalui pengalaman saya, saya pakai coklat coumpound berbeza menjadikan permukaan brownies yang jauh berbeza, meskipon menggunakan resepi yang sama. Tengok gamabr bawah ni, sebelah kiri adalah menggunakan Selbourne Dark Chocolate RM14 sekilo dan kanan menggunakan Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet.
Mungkin kerana kandungan gula dalam semi sweet chocolate chip tu menjadikan gula caramaelize pada permukaan brownies. Mungkin lah. Hahahaha. Harga Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet RM19 untuk 340 gram 8-O. Tercekik kan. So jangan tanya kenapa mahal ya. Sebab bahannya pon mahal. Wahahahahaa.
Nak murah buat sendiri. Resepi pon ada tu, insyaAllah senang jek dan tak perlukan mesin kek pon. Cubalah.